USD Masih Hilang Arah, Apa Bakal Terjadi Pada Sesi New York?

421

US dolar mencari sokongan untuk meningkat lebih tinggi pada sesi Eropah ketika tumpuan kini terarah kepada penerbitan data PMI perkhidmatan tinjaun ISM dan laporan pekerjaan swasta ADP pada malam ini.

Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar diniagakan diniagakan di sekitar harga 90.00, susut sedikit dari kenaikan yang dicatatkan pada sesi Asia.

Penerbitan data perkhidmatan tinjauan ISM, laporan pekerjaan ADP dan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat pada malam ini, akan dijadikan petunjuk kepada data pekerjaan NFP yang bakal diterbitkan pada Jumaat.

Sementara itu, matawang pound didagangkan stabil berbanding US dolar, ketika pelabur menantikan petunjuk jelas mengenai sama ada peningkatan kes varian Covid-19 dari India akan menyebabkan penangguhan pembukaan semula ekonomi UK lebih luas pada 21 Jun.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson sebelum ini mengatakan bahawa beliau tetap tegas untuk menghapuskan sepenuhnya sekatan coronavirus, tetapi akan berhati-hati dengan penularan kes varian yang dikenal sebagai Delta di negara itu.

Dalam pada itu, Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan bahawa pasaran pekerjaan UK semakin menunjukkan pemulihan. Sektor perniagaan juga dilaporkan meningkat kepada 87% iaitu yang tertinggi sejak Jun tahun lalu.

Selain itu, pergerakan matawang euro masih terbatas berikutan peningkatan US dolar, dengan didagangkan 0.2% lebih rendah di sekitar harga $1.2180 pada awal sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat