USD Masih Kuat, Pound Kembali Mendaki

472

US dolar melonjak lebih tinggi pada awal perdagangan sesi Eropah, berikutan lonjakan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat yang disokong oleh prospek pemulihan ekonomi yang lebih cepat dan kemungkinan terhadap peningkatan inflasi.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar meningkat tinggi selepas bangkit dari paras terendah dua minggu, dan diniagakan di sekitar harga 90.75.

Matawang gergasi itu juga melonjak ke paras tertinggi lima bulan berbanding yen Jepun yang sensitif dengan pergerakan dalam hasil bon AS.

Hasil bon AS yang melambung tinggi telah mendorong kenaikan buat dolar greenback, dengan hasil 10 tahun meningkat ke tahap tertinggi 1.333% dari sekitar 1.20% yang dicapainya akhir minggu lalu.

Dagangan euro kekal di sekitar paras harga 1.20000 walaupun terdapat optimisme yang meningkat menjelang ucapan bekas presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi sebagai Perdana Menteri Itali. Beliau dijangka akan menyampaikan keutamaan dasarnya di Senat Itali pada hari ini.

Di samping itu, pound cuba bertahan dari jatuh lebih rendah dengan keyakinan pasaran terhadap pemulihan ekonomi yang kuat susulan langkah vaksinasi yang meluas terus menyokong matawang itu.

Namun, disebabkan pengukuhan dolar Amerika, pound sterling perlu berundur dari paras tertinggi hampir tiga tahun yang dicapainya pada Selasa.

Pasaran pada sesi Eropah, diperlihatkan dengan data inflasi UK yang menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari jangkaan pasaran pada bulan bulan Januari.

Sementara itu, penerbitan data jualan runcit AS malam ini dan laporan minit mesyuarat pada awal pagi nanti akan menjadi fokus utama pasaran pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat