USD Masih Tersungkur, Ini Jadi Pada Pasaran Menuju Sesi New York!

279

US dolar kekal bergerak perlahan ketika pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah, dibayangi oleh kenyataan Gabenor Christopher Waller mengenai kadar faedah dan data inflasi Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beliau yang juga merupakan penggubal dasar Federal Reserve (Fed), memberi amaran kepada pelabur untuk tidak terlalu berharap bahawa ia akan mengubah pendekatan dasarnya hanya berdasarkan satu angka inflasi sahaja.

Tambah Waller lagi, Fed perlu melihat beberapa lagi penurunan inflasi untuk bank pusat itu mengambil langkah keluar daripada pengetatan monetari.

Raja USD, yang pada mulanya sedikit meningkat susulan kenyataan tersebut, didagangkan mendatar di sekitar paras terendah 2 setengah bulan pada sesi Eropah susulan dua berita positif daripada China.

Sentimen pasaran bertambah baik berikutan pelonggaran langkah kawalan yang diumumkan pihak berkuasa China pada Jumaat lalu bersama-sama dengan pelan rangsangan baharu untuk menyokong pasaran hartanah.

Ekoran daripada itu, mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand mengekalkan pengukuhan pada paras tertinggi dua bulan, sekali gus mengetepikan kenyataan Gabenor Waller.

Meskipun begitu, pasaran tetap berhati-hati memandangkan jumlah coronavirus harian di China semakin meningkat dengan angka mencecah 15,000 pada Isnin yang dikhuatiri akan mengganggu rancangan tersebut.

Dalam pada itu, turut memaparkan prestasi memberangsangkan adalah mata wang euro dan pound yang kekal didagangkan lebih tinggi walaupun sedikit tergelincir pada awal sesi Asia.

Mata wang yen juga kekal kukuh pada paras tertinggi dua bulan, yang didakwa Gabenor Bank of Japan (BOJ) Haruhiko Kuroda keuntungan tersebut adalah sebahagiannya disebabkan campur tangan kerajaan bukannya angkara kelemahan USD semata-mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat