USD Masih ‘Tidur’, Mata wang Ini Pula Curi Peluang Untuk Bangkit

330

Dolar Amerika mula mencari rentak untuk memulakan dagangan setelah melalui hujung minggu yang panjang, melihatkannya didagangkan sedikit berubah pada sesi Asia.

Bagaimanapun, masih terlalu awal bagi menentukan arah pergerakan raja mata wang itu berikutan ketiadaan pemangkin utama untuk merangsang dagangan lebih agresif US dolar.

Tambahan pula, pergerakan USD juga terhad berikutan sentimen pasaran yang dilihat bertambah baik susulan laporan mengenai keputusan perbincangan untuk menghapuskan tarif import China oleh pentadbiran Biden mungkin diketahui minggu ini.

Susulan itu, pelabur turut menyaksikan peningkatan dalam mata wang utama, khususnya dolar Aussie yang disokong oleh jangkaan pelabur untuk kenaikan kadar 50 mata asas oleh Reserve Bank of Australia (RBA) hari ini.

Mata wang pound juga mendapat manfaat daripada sentimen yang positif ketika pelabur menyasarkan tumpuan kepada isyarat kenaikan kadar faedah oleh bank pusat England (BOE), di mana Gabenor Andrew Bailey akan berucap pada malam ini.

Walaupun begitu, peningkatan yang dicatatkan pound agak terhad berikutan ketidaktentuan yang berterusan dalam isu Brexit dan kejutan peningkatan pendapatan sebenar dalam ekonomi UK.

Sementara itu, euro sedikit meningkat tetapi masih tidak jauh daripada paras terendah lima tahun berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat