USD Melonjak Pada Sesi Eropah! Apa Kes?

504

US dolar melanjutkan kenaikan ke paras tertinggi satu minggu pada awal sesi Eropah apabila pasaran menuju penghujung dagangan untuk bulan pertama 2023.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam mata wang utama lain melonjak 0.3% untuk didagangkan pada sekitar harga 102.55.

Meskipun begitu, setakat ini tiada faktor jelas yang mendorong peningkatan dipaparkan oleh raja mata wang itu.

Walaupun meningkat, namun raja mata wang itu berada di landasan untuk kerugian bulanan keempat berturut-turut dengan penyusutan hampir 1%.

Ini susulan pendirian hawkish Federal Reserve (Fed) yang beransur-ansur beralih kepada kurang agresif dalam menetapkan kenaikan kadar faedahnya.

Pasaran menetapkan jangkaan untuk peningkatan sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung pada awal pagi Khamis.

Mengikuti perkembangan mata wang utama lain, euro tergelincir lebih rendah ekoran kebangkitan US dolar menyaksikannya didagangkan sekitar harga 1.0800, manakala pound susut pada 1.2310 berbanding greenback.

Pelabur kedua-dua mata wang menghadkan posisi mereka menjelang mesyuarat polisi Bank of England (BOE) dan Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand turut merosot pada sesi Eropah dengan tumpuan pelabur beralih kepada penerbitan data pekerjaan New Zealand pada hari Rabu.

Mata wang yen pula sedikit berubah di tengah-tengah ketidakpastian terhadap pendirian Bank of Japan (BOJ) sama ada akan mengekalkan dasarnya yang longgar atau beralih ke arah pengetatan.

Selain itu, dolar Kanada merosot lebih rendah menjelang terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kanada pada sesi New York.

Keseluruhannya, pasaran masih lagi berhati-hati menantikan data-data utama dan mesyuarat bank pusat minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat