USD Meniti Jalan Berliku Menjelang Data KDNK AS

194

Kesuraman dalam dagangan US dolar berterusan sehingga ke sesi Eropah sekali gus membuka jalan buat kebanyakan mata wang utama untuk mencatatkan keuntungan.

Mata wang euro kembali ke harga pariti 1.000 berbanding US dolar setelah diperlihatkan dengan bacaan lebih baik daripada jangkaan dalam laporan tinjauan sentimen perniagaan di Jerman pada bulan Ogos.

Walaupun begitu, kenaikan yang dicatatkan agak terbatas memandangkan pelabur turut memberi tumpuan kepada minit mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Turut menjadi fokus pasaran adalah pengeluaran data anggaran awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat yang dijangkakan merekodkan penguncupan pada suku kedua.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar didagangkan merosot pada 108.15 pada sesi Eropah.

Mata wang komoditi adalah antara yang mempamerkan prestasi terbaik susulan penyusutan USD, menyaksikan dolar Aussie dan kiwi didagangkan lebih tinggi walaupun data jualan runcit New Zealand mengecewakan pada suku kedua.

Lonjakan dolar Aussie didorong oleh kebangkitan mata wang yuan China daripada paras terendah dua tahun, dibantu oleh panduan rasmi yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Sementara dagangan dolar Kanada juga lebih kukuh setelah mendapat sokongan daripada harga minyak mentah yang melonjak tinggi susulan amaran yang diberikan Arab Saudi mengenai pengurangan pengeluaran minyak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat