USD Menyerah Kalah Pada Awal Minggu, Ini Mata wang Yang Raih Manfaat

475

Pasaran memulakan dagangan minggu ini dengan berhati-hati ketika pelabur menantikan ucapan daripada para penggubal dasar dari bank-bank pusat utama.

Dolar greenback menghiasi pasaran dengan pergerakan yang lemah, memadamkan sedikit keuntungan yang diraih pada akhir minggu lalu.

US dolar merosot hampir 0.5% berbanding mata wang euro pada 1.0540. Pada hujung minggu, Gabenor Federal Reserve (Fed), Christopher Waller menyatakan sokongannya untuk satu lagi kenaikan sebanyak 75 mata asas pada bulan Julai sekiranya data inflasi menepati jangkaannya.

Sementara Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester mengatakan bahawa ia akan mengambil masa sehingga dua tahun untuk inflasi kembali turun ke sasaran bank pusat pada 2%.

Pada awal sesi Asia, People’s Bank of China (PBOC) mengumumkan untuk mengekalkan kadar perdana pinjaman 5 tahun tidak berubah pada 4.45%.

Selain itu, laporan bahawa Amerika Syarikat dilaporkan menyemak semula tarif ke atas import China dan juga menilai pemberhentian cukai gas persekutuan untuk menurunkan harga, memberi sedikit sokongan pada sentimen pasaran untuk meningkat.

Mata wang pound juga sedikit meningkat, memanfaatkan kenyataan Menteri Perbendaharaan UK Simon Clarke bahawa beliau tidak menjangkakan kemelesetan di negara itu, selain turut menambah bahawa prospek jangka panjang untuk ekonomi adalah sangat positif.

Yen pula berlegar di paras terendah 24 tahun, ditekan oleh pendirian dovish bank pusat Jepun (BOJ) yang berterusan setelah mengumumkan pada hari Isnin untuk membeli bon kerajaan Jepun (JGB) 5 dan 10 tahun tanpa had.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat