USD Meroket Lagi, Semua Mata wang Jatuh!

687

Euro terus gagal mendapatkan sokongan daripada kemenangan Emmanuel Macron dalam pilihan raya Presiden yang menyaksikan mata wang itu menjunam lebih rendah pada pembukaan sesi Eropah.

Dagangan euro yang pada mulanya dibuka tinggi pada sesi sebelum ini, tergelincir kira-kira 0.7% sehingga menyentuh paras terendah terbaharu pada 1.0710 berbanding US dolar.

Dolar Amerika meneruskan kenaikan lebih tinggi pada awal sesi Eropah, dengan keyakinan yang meningkat untuk peningkatan kadar faedah yang lebih agresif daripada Federal Reserve (Fed).

Selain itu, ia turut mendapat dorongan sebagai safe-haven selepas langkah penutupan terbaharu dilaksanakan di Chaoyang, kawasan terbesar di Beijing yang kini diancam penularan Covid-19 selepas Shanghai.

Sebagai sokongan kepada safe-haven, mata wang yen turut mendapat manfaat daripada kebimbangan ini, memperlihatkannya meningkat berbanding mata wang utama lain dan kekal stabil meskipun US dolar melonjak lebih tinggi.

Harga emas pula sebaliknya dengan mempamerkan penyusutan ke paras terendah lebih tiga minggu.

Pound turut susut ke paras terendah terbaharu sejak September 2020, membawanya didagangkan lemah pada sekitar harga 1.2750 berbanding greenback.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand juga jatuh lebih parah susulan ancaman baharu Covid-19 di Beijing, selain turut menyaksikan dagangan arang batu dan bijih besi masing-masing junam 5% dan 9%.

Dolar Kanada pula suram di paras terendah hampir satu bulan, di samping turut dihimpit oleh penyusutan dalam dagangan minyak mentah dunia berikutan sentimen negatif di China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat