USD Meroket Tinggi Menjelang NFP, Selamat Ke Nak Trade?

1,459

US dolar terus mengorak langkah lebih tinggi ketika pasaran semakin hampir dengan penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Pada sesi Eropah, dolar greenback membenam pesaing utamanya yang lain lebih rendah, sekali gus membawanya kembali menghampiri paras tertinggi satu bulan pada sekitar harga 94.45.

Matawang gergasi itu sebelum ini telah mendapat sokongan daripada keputusan Federal Reserve (Fed) untuk mengurangkan pembelian aset bulanannya, selain turut didukung oleh kelemahan beberapa matawang utama.

Bagaimanapun, pelabur tetap berhati-hati memandangkan laporan pekerjaan NFP akan diterbitkan pada sesi New York dan terdapat risiko pengambilan untung menjelang dagangan hujung minggu.

Selain itu, matawang euro pula terus melemah ke paras terendah satu bulan berbanding US dolar yang kukuh.

Sementara itu, matawang pound melanjutkan penurunan ke paras terendah satu bulan berbanding US dolar selepas dikecewakan oleh keputusan Bank Pusat England (BOE) yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah dalam mesyuarat polisi terbarunya.

Gabenor BOE Andrew Bailey dalam kenyataan terbarunya mengatakan bahawa mereka tidak berjanji untuk menaikkan kadar faedah pada bulan November, memberi indikasi bahawa jangkaan kenaikan sebelum ini hanyalah spekulasi pasaran sahaja.

Matawang pound turut mendapat tekanan daripada ketegangan yang meningkat antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) dalam isu pasca-Brexit.

Terdapat jangkaan yang semakin meningkat bahawa UK akan menggunakan perlindungan Artikel 16, yang memungkinkan kedua-dua pihak menangguhkan perjanjian tersebut jika ia menimbulkan kesan negatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat