USD Merudum Menjelang NFP! Apa Akan Jadi Ni?

1,478

Pasaran bergerak tenang menuju ke penghujung minggu, dengan raja matawang USD mula menunjukkkan penurunan menjelang penerbitan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada sesi New York.

Kesepakatan Senat AS dalam meluluskan rang undang-undang untuk menaikan siling hutang sebanyak $480 bilion sehingga awal Disember, telah memberi sokongan sementara buat dagangan matawang utama untuk meningkat.

Bagaimanapun, kenaikan yang dicatatkan tidak ketara memandangkan para pelabur juga mengambil pendekatan berhati-hati sebelum NFP AS dikeluarkan.

Pada sesi Eropah, indeks dolar diniagakan sedikit susut pada sekitar harga 94.15, tidak jauh dari paras ketinggian satu tahun berbanding sekumpulan matawang utama.

Memandangkan NFP dijangka akan dicatatkan lebih kuat, penyusutan ini berkemungkinan disebabkan pelabur yang melihat peluang untuk meraih keuntungan dengan melepaskan pegangan matawang itu dahulu, sebelum mendapatkannya pada harga lebih rendah.

Bagaimanapun, pelabur perlu tetap berhati-hati jika perkara yang tidak diduga berlaku.

Sementara matawang komoditi, dolar Aussie dan kiwi telah mula mengurangkan keuntungan yang diraihnya pada sesi sebelum ini dengan didagangkan sedikit merosot berbanding US dolar.

Euro pula mendapat sedikit keuntungan untuk bangkit dari paras terendah 14 bulan yang dicapainya pada Rabu, dengan didagangkan pada sekitar harga 1.156600 berbanding greenback.

Matawang pound pula didagangkan stabil pada 1.36100 berbanding USD, dengan sokongan daripada kenyataan Ketua Ekonomi Bank Pusat England (BOE), Huw Pill mengatakan tekanan inflasi terbukti lebih berta daripada yang pada awalnya disangkakan, memperkuatkan harapan untuk kenaikan kadar secepatnya Februari 2021.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat