USD Oh USD! Jangan Macam-macam

938

Permulaan dagangan sesi Eropah yang tenang telah dikejutkan oleh lonjakan tiba-tiba matawang US dolar sehingga mendorong kebanyakan matawang utama menyusut rendah.

Bagaimanapun, kenaikan yang dicatatkan raja matawang itu tidak bertahan lama, selepas indeks dolar kembali susut di bawah harga 90.00 berbanding pesaing utamanya.

Pasaran kini menjangkakan pergerakan pasaran akan lebih agresif pada sesi New York yang mungkin akan menyambung momentum pengukuhan USD pada penghujung minggu lalu susulan bacaan data ekonomi yang kuat dan kenyataan pembuat dasar Federal Reserve (Fed).

Aktiviti ekonomi di AS terus meningkat, dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan memaparkan pemulihan yang lebih kuat daripada dijangkakan.

Sementara itu, beberapa pembuat dasar Fed telah mula menyatakan secara terang-terangan bahawa mereka bersedia untuk membincangkan mengenai pengurangan (tapering) dalam pelonggaran kuantitatifnya.

Namun begitu, pada masa yang sama, sentimen pasaran masih positif dengan jangkaan pemulihan ekonomi global yang lebih kuat susu lan kemajuan vaksin dan pelonggaran langkah sekatan di Eropah.

Dalam pada itu, amaran China untuk mengekang kenaikan harga komoditi yang dikatakan ‘tidak masuk akal’, telah mengalihkan perhatian pelabur daripada matawang berkaitan komoditi, terutama dolar Aussie.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat