USD Pacak Lebih Tinggi, Euro Tenang Menanti Mesyuarat ECB

251

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba, memperlihatkan pasaran mata wang bergerak tenang ketika tumpuan pelabur kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB).

Walaupun tiada jangkaan perubahan kadar faedah daripada bank pusat itu, tetapi pasaran menjangkakan kenaikan akan berlaku pada Julai dan turut mengharapkan petunjuk mengenai peningkatan kadar melebihi 25 mata asas.

Bank pusat itu juga hampir pasti akan menamatkan program pembelian asetnya pada akhir bulan ini seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Ekoran daripada itu, mata wang euro diperdagangkan stabil di tengah-tengah pengukuhan US dolar dan meningkat ke paras tertinggi 7 tahun berbanding yen Jepun.

Jurang perbezaan dasar monetari yang semakin luas antara bank pusat utama lain dan Bank Pusat Jepun (BOJ) meletakkan mata wang yen jauh ke dasar berbanding kebanyakan mata wang utama.

Sementara itu, langkah kawalan Covid-19 terbaharu kembali dilaksanakan di Shanghai, apabila satu lagi daerah ditutup untuk ujian coronavirus secara besar-besaran selepas menyaksikan lonjakan kes berikutan pembukaan semula bandar itu minggu lalu.

Faktor menyuramkan ini sedikit menggugat pergerakan mata wang sensitif risiko iaitu dolar Aussie dan New Zealand untuk menyusut pada sesi Asia.

Dolar Kanada pula kekal stabil, disokong oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi menghampiri paras ketinggian 14 tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat