USD Pamer Kekuatan Menjelang Pengumuman Dasar FOMC

509

Pembukaan dagangan sesi Asia dihiasi dengan kekuatan dolar greenback menjelang pengumuman dasar monetari FOMC pada awal pagi Khamis yang dijangka bakal menyaksikan pengurangan pembelian bon oleh Federal Reserve (Fed) akan bermula.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama diperdagangkan pada 94.08.

Pasaran kini menantikan penerbitan data pekerjaan ADP sektor swasta AS dan keputusan mesyuarat FOMC pada hari ini, yang mana ia akan membawa pergerakan besar dalam pasaran.

Pelabur menjangkakan pembuat dasar AS akan memutuskan untuk mengurangkan pembelian bon bulanannya sebanyak $15 bilion setiap bulan dan menamatkannya pada pertengahan tahun 2022.

Sekiranya Fed mengumumkan pengurangan lebih besar, US dolar mungkin meningkat ke paras ketinggian terbaru tahun ini berbanding pesaing utamanya.

Sementara itu, dolar Aussie dan matawang pound adalah antara yang mempamerkan prestasi buruk susulan keputusan dovish Bank Pusat Australia (RBA) dan ketidakpastian mengenai Bank Pusat England (BOE) akan menaikkan kadar atau tidak pada mesyuarat polisi pada hari Khamis.

Dolar Aussie diniagakan lemah di sekitar paras terendah hampir dua minggu pada 0.7435 berbanding US dolar, sementara matawang pound pula didagangkan di tahap terendah tiga minggu pada 1.3630.

Matawang euro pula kekal lemah berikutan kekuatan US dolar, selain turut terkesan dengan bacaan akhir data pembuatan PMI Jerman bagi bulan Oktober yang disemak menurun kepada 57.8 daripada 58.2 kerana terkesan dengan masalah gangguan rantaian bekalan global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat