USD Papar Aksi Tak Menentu Menjelang Akhir 2021!

359

Pergerakan pasaran semakin tidak menentu membuatkan dagangan dolar greenback menjunam lebih rendah pada sesi New York, sekali gus memberi sokongan buat mata wang utama lain untuk meningkat tinggi.

Sentimen pasaran dilihat meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini berikutan tanda-tanda varian Omicron tidak membawa kepada sekatan baharu yang meluas meskipun menyebabkan lonjakan dalam kes jangkitan di banyak negara.

Ini membuatkan dagangan safe-haven turut dilepaskan, memperlihatkan mata wang yen jatuh ke paras terendah satu bulan berbanding greenback.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback jatuh lebih rendah untuk didagangkan pada 95.90 berbanding kebanyakan mata wang utama. Greenback malangnya gagal memanfaatkan lonjakan hasil bon AS 10 tahun yang telah mencecah 1.55%.

Mata wang Eropah antara yang mendapat keuntungan susulan penyusutan US dolar, menunjukkan pound melonjak ke paras tertinggi terbaharu untuk bulan ini dengan harga mencecah paras 1.3500.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson memberi jaminan untuk tidak melaksanakan sekatan tambahan di England meskipun kes Covid-19 terus mencatatkan rekod yang tinggi.

Sementara itu, dagangan euro pula kembali menokok lebih tinggi susulan penyusutan yang dicatatkan pada sesi Eropah semalam, dengan dorongan daripada kelemahan dolar greenback.

Mata wang sensitif risiko seperti dolar Aussie, kiwi dan Kanada turut melonjak tinggi dengan memanfaatkan kemerosotan raja mata wang US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat