USD Pertahan Pengukuhan Menuju Sesi New York

370

US dolar diniagakan stabil di paras ketinggian hampir satu tahun berbanding pesaing utama ketika pasaran terus dibelenggu oleh kebimbangan terhadap inflasi dan jangkaan positif untuk Federal Reserve (Fed) memulakan pengurangan pembelian bon.

Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan meningkat pada 94.20.

Kenyataan Pemimpin Republikan Senat, Mitch McConnell mengenai siling hutang pada mulanya telah mendorong penyusutan USD, dan memacu kenaikan matawang utama ketika sesi Asia.

Walaupun begitu, US dolar tetap menguat di tengah jangkaan positif pasaran untuk pengurangan pembelian bon, dengan harapan laporan pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada Jumaat menunjukkan bacaan yang lebih kuat.

Sementara itu, tekanan inflasi global pula sedikit mereda selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengatakan kesediaan negara itu untuk menstabilkan pasaran tenaga global. Ini telah memberi kesan buat safe-haven USD dan hasil bon mengurangkan sedikit keuntungannya.

Matawang pound pula diniagakan mendatar di sekitar harga 1.35800 berbanding US dolar selepas mencatatkan sedikit kenaikan susulan kenyataan Putin yang turut menyatakan Rusia akan mengeksport gas asli ke Eropah tahun ini bagi membantu meredakan krisis tenaga di benua itu.

Ini memberi sedikit kelegaan buat UK menghadapi krisis tenaga yang besar setelah lonjakan harga gas ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat