USD Pertahankan Pemulihan, Ke Mana Hala Tuju Pada Sesi New York?

263

US dolar didagangkan sedikit berubah ketika pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah, kekal mempertahankan kenaikan yang dicatatkan pada dagangan hujung minggu lalu.

Awal sesi Eropah melihatkan indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama diniagakan stabil pada sekitar harga 101.60.

Dolar Amerika kembali bangkit dari paras terendah satu tahun pada penghujung dagangan Jumaat lalu, selepas Gabenor Federal Reserve (Fed), Christopher Waller mengatakan lebih banyak pengetatan dasar diperlukan.

Ekoran itu, pelabur meningkatkan jangkaan untuk Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi bulan depan.

Berbanding yen, raja mata wang itu melonjak ke paras tertinggi satu bulan, susulan pendirian Gabenor Bank of Japan (BOJ) Kazuo Ueda yang dovish menekan mata wang ninja itu lebih rendah.

Sementara itu, mata wang euro dan pound masing-masing bergelut untuk mempertahankan kedudukan daripada susut lebih rendah berbanding dolar greenback.

Tumpuan pelabur pound kini beralih kepada penerbitan data pekerjaan dan inflasi UK yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

Beralih ke dagangan mata wang Asia, dolar Aussie dan New Zealand kekal didagangkan suram susulan kejatuhan terdahulu dengan pasaran kini menantikan terbitan data pertumbuhan ekonomi China pada hari Selasa.

Dolar loonie pula kekal stabil selepas penyusutannya dibataskan oleh dagangan minyak mentah yang terus mengukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat