USD Rekod Paras Tertinggi 11 Bulan, Bakal Tekan EUR/USD Kekal Di Bawah $1.17000

497

Matawang US dolar terus menampilkan pengukuhan yang ketara menuju ke penghujung dagangan September dengan merekodkan paras tertinggi lebih 11 bulan pada 93.70 bacaan indeks USD.

Di samping itu, pengukuhan dolar greenback itu turut disokong oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang dilihat sedang meningkat dan menguji paras rintangan yang pernah dicapai pada penghujung Jun sekitar 1.54%.

Namun pelabur juga perlu lebih berjaga-jaga terhadap pergerakan US dolar susulan terbitan data keyakinan pengguna AS pada sesi New York semalam telah menjunam ke paras terendah 7 bulan.

Pada persidangan Jawatankuasa Perbankan Senat, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell lebih memperincikan mengenai inflasi pada ketika ini sangat membimbangkan daripada yang dicatatkan pada awal tahun.

Sekali lagi menjadi tumpuan pada malam ini mengenai ucapan daripada Powell yang serba sedikit bakal memberi bayangan dan hala tuju terhadap pengetatan dasar polisi yang direncanakan.

Melihat kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, pergerakan harga tampaknya terus pamerkan penurunan ke paras terendah pada penghujung Ogos sekitar 1.16700 di sesi Eropah semalam.

Manakala menjelang sesi New York pada semalam, harga telah menyaksikan percubaan untuk menguji semula paras 1.17000 ketika persidangan sedang dilaksanakan sebelum kembali menyusut dan bergerak perlahan sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu).

Pergerakan harga dilihat masih didagangkan di bawah paras halangan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD untuk mengekalkan trend bearish.

Jika US dolar terus mengukuh, harga dijangka bakal meneruskan penurunan dan kembali menguji zon support terkuat yang dicatatkan pada penghujung dagangan 2020 sekitar 1.16000.

Sebaliknya, sekiranya harga pasangan matawang EUR/USD berupaya mempamerkan lonjakan yang lebih agresif, harga berkemungkinan bakal melepasi paras halangan MA50 dan memberi isyarat awal perubahan trend bullish untuk kembali melepasi paras 1.17000.

Zon SBR (support become resistance) sekitar 1.17500 kekal menjadi paras rintangan untuk diuji dan paras tumpuan pelabur untuk melihat reaksi pergerakan yang seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat