USD Sedikit Menguat Walaupun FOMC Dovish, Pound Terjejas Ekoran Brexit Dan Mesyuarat BOE Sebentar Nanti.

614

USD hari ini meneruskan kelemahannya selepas para pembuat dasar Federal Reserve menjangkakan kadar kekal pada paras semasa untuk tahun ini, berbanding dengan unjuran pada Disember yang lepas dengan sebanyak dua kenaikan kadar faedah. Bukan itu sahaja, unjuran pertumbuhan ekonomi juga menurun untuk tahun ini kepada 2.1%.

Sementara itu, Kiwi mendominasi permintaan matawang pada sesi Asia walaupun data KDNK tahunan di negara itu mencatatkan penurunan. KDNK di New Zealand hanya berkembang sebanyak 2.3% secara tahunan pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.6% pada tempoh sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.5%. Ia merupakan perkembangan paling perlahan sejak suku tahun ke empat 2013.

AUD juga antara matawang terkuat pada dagangan hari ini. Selain kelemahan USD, Aussie juga dibantu oleh data pengangguran yang positif. Kadar pengangguran yang di Australia menurun lebih rendah kepada 4.9% pada Februari 2019 daripada 5.0% pada bulan sebelumnya manakala pasaran menjangkakan 5.0%. Ini adalah kadar pengangguran terendah sejak Jun 2011.

Dalam sesi Eropah pula, pasaran disajikan dengan kehadiran laporan dasar monetari daripada Switzerland. SNB mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada -0.75%, sejajar dengan jangkaan pasaran dan mengatakan CHF masih tinggi nilainya. SNB juga menurunkan unjuran inflasinya untuk 2019 kepada 0.3% daripada 0.5% dan untuk 2020 kepada 0.6% daripada 1%.

Seterusnya, sektor jualan runcit di UK menaik 0.4% pada Februari 2019 selepas kenaikan 0.9% pada Januari dan mudah mengatasi ramalan pasaran untuk kejatuhan -0.4%. Walaupun terdapat kenaikan dalam data ini, namun pelabur masih menumpukan perhatian kepada penetapan dasar monetari Bank of England sebentar nanti yang diunjurkan dovish berikutan ketidaktentuan Brexit yang tiada kata putus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat