USD Sedikit Pulih Sementara Sterling Kembali Berisiko Terkesan Oleh Pengakuan Theresa May

460

Dolar USD kembali menunjukkan peningkatan pada dagangan Selasa berikutan hasil pulangan perbendaharaan Amerika Syarikat kembali meningkat dari paras terendah 15 bulan selepas pasaran kewangan dilihat semakin pulih.

Namun pasaran masih tetap berwaspada ekoran risiko kegawatan ekonomi yang mempengaruhi dagangan USD sebelum ini di mana membuatkan pelabur akan beralih ke arah aset yang lebih selamat.

Data-data ekonomi di Amerika Syarikat juga akan menjadi tumpuan pasaran pada sesi New York malam ini khususnya data perumahan dan juga tinjauan keyakinan pengguna.

Manakala, Pound Sterling pula kembali diniagakan lemah dalam pasaran selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May membuat pengakuan bahawa sokongan yang diperolehi masih belum cukup meyakinkan untuk undian ketiga Brexit.

Dagangan Sterling pada mulanya menunjukkan peningkatan semalam selepas media melaporkan bahawa ahli parlimen akan mengadakan undian pada Selasa untuk perjanjian Brexit Theresa May. Namun, kenyataan PM May berkenaan sokongan yang kurang meyakinkan itu telah membuatkan dagangan GBP kembali berisiko.

Euro pula masih turut berada dalam kelompok dagangan berisiko berikutan kebimbangan pelabur terhadap ekonomi zon Eropah yang bergerak perlahan. Namun, tinjauan keyakinan perniagaan di Jerman dalam laporan semalam menunjukkan angka yang meningkat lebih tinggi daripada jangkaan sedikit melegakan kerisauan pasaran untuk sementara waktu.

Sentimen pasaran yang dilihat semakin pulih juga memberi kelebihan terhadap matawang komoditi dolar AUD dan NZD untuk mengambil peluang mengukuhkan dagangan masing-masing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat