USD Semakin Berundur, Matawang Utama Kembali Mendaki!

532

Kegelisahan pelabur terhadap varian Covid-19 Omicron dilihat semakin mereda, menyaksikan dagangan kebanyakan mata wang utama telah mula mempamerkan pergerakan positif pada hari Selasa.

Kenyataan daripada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sedikit memberi kelegaan apabila beliau mengatakan bahawa negara itu tidak akan melaksanakan semula perintah berkurung.

Tambah beliau lagi, mereka perlu menghadapi ancaman baharu ini sama seperti yang pernah dihadapi sebelum ini, selain turut mengatakan bahawa pentadbirannya akan mengeluarkan strategi untuk menangani varian tersebut.

Pada sesi Asia, indeks dolar diniagakan sedikit susut pada 96.18 berbanding sekumpulan matawang utama, tidak jauh dari paras terendah satu minggu yang dicapainya pada Jumaat lepas.

Kenyataan Biden memberi manfaat kepada kebanyakan mata wang utama untuk kembali mendaki pada hari ini. Euro sedikit meningkat dengan pergerakan harga dilihat menuju ke paras 1.1300 berbanding USD.

Sementara itu dalam teks yang disediakan untuk keterangan kepada Kongres pada Selasa, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mengatakan Omicron boleh menyebabkan tekanan inflasi bertahan lebih lama.

Ini secara tidak langsung memperlihatkan potensi untuk mempercepatkan keperluan kenaikan kadar, walaupun pada mulanya pelabur melihat varian ini akan menghalang Fed daripada pengetatan disebabkan risikonya pada pertumbuhan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat