USD Sempat Jatuh Selepas Data Inflasi, Tapi Kenapa Naik Semula?

551

Kebimbangan pasaran mereda selepas penerbitan bacaan data inflasi Amerika Syarikat yang dikatakan telah mencapai kemuncaknya pada bulan Mac sehingga mendorong penyusutan US dolar dan hasil bon AS.

Dengan catatan 8.5% tahun ke tahun dan 1.2% secara bulanan, indeks harga pengguna (CPI) AS meningkat ke paras tertinggi sejak Disember 1981 seperti dijangkakan secara meluas oleh pasaran.

Bagaimanapun, inflasi teras lebih rendah daripada jangkaan pada bulan Mac dengan mencatat peningkatan 0.3% dan secara tahunan, ia meningkat 6.5%.

Ini membuatkan pasaran melihat inflasi AS telah mencapai kemuncaknya dan akan menurun semula secara beransur-ansur pada bulan-bulan yang mendatang.

Susulan itu, indeks dolar susut kepada 99.80 berbanding pesaing utamanya dan hasil bon pula merosot dari puncak tertinggi lebih tiga tahun, sekali gus memberi peluang kepada mata wang untuk meningkat.

Namun begitu, penyusutan USD tidak lama selepas mendengarkan ucapan daripada penggubal dasar Federal Reserve, Lael Brainard yang mengatakan bahawa tanda-tanda inflasi mereda dari bacaan data terkini tidak akan mengubah pendirian bank pusat untuk bertindak agresif dalam pengetatan.

Menurut Brainard, bank pusat AS masih akan meneruskan beberapa siri kenaikan kadar faedah serta usaha untuk mengurangkan kunci kira-kira (balance sheet) mereka.

Ekoran itu, US dolar kembali meningkat untuk didagangkan lebih kukuh pada sekitar harga 100.40 ketika sesi Asia dan hasil bon pula stabil pada 2.74%.

Tumpuan pasaran kini beralih pula kepada mesyuarat polisi Bank Pusat New Zealand (RBNZ) pada sesi Asia dan penerbitan data inflasi UK pada sesi Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat