USD ‘Slow’? Mana Ada! Ni Tengah Sambung Naik Lagi

292

Dolar greenback kembali menyambung pendakian untuk didagangkan lebih kukuh berbanding pesaing utamanya pada sesi Asia.

Beberapa ucapan daripada pembuat dasar Federal Reserve (Fed) yang hawkish telah membantu pengukuhan tersebut, di mana Charles Evans dan James Bullard melihat lebih banyak kenaikan kadar pada mesyuarat akan datang.

Selain itu, permintaan safe-haven turut menyokong raja mata wang itu apabila pelabur beralih kepada aset perlindungan di tengah-tengah prospek ekonomi global yang sangat tidak menentu dan risiko kemelesetan semakin meningkat.

Data yang lebih baik daripada jangkaan menguatkan lagi dagangan US dolar, yang menunjukkan keyakinan pengguna Amerika Syarikat meningkat untuk bulan kedua berturut-turut.

Berbanding kebanyakan  mata wang utama, indeks dolar diniagakan kuat pada paras ketinggian baharu 20 tahun pada 114.56.

Sementara itu, mata wang pound sedikit berubah di sekitar paras terendah 37 tahun selepas gagal memberi reaksi terhadap kenyataan ketua ekonomi bank pusat England (BOE) Huw Pill bahawa mereka memerlukan langkah yang signifikan pada bulan November.

Euro pula kekal suram di paras terlemah sejak 2002 ketika krisis tenaga di Eropah semakin meningkat setelah beberapa kebocoran dikesan dalam saluran paip Nord Stream sekali gus mengganggu penghantaran Rusia ke Kesatuan Eropah (EU).

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand kembali menyambung penurunan lebih rendah ekoran kebimbangan terhadap prospek ekonomi global yang suram.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat