USD Sudah Bangkit Dari Tidur?

444

Sentimen berisiko memberi dorongan buat US dolar untuk mencatat keuntungan sederhana ketika pasaran menantikan keputusan pilihan raya pertengahan penggal dan terbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Meneliti pergerakan raja mata wang pada sesi terdahulu, dolar greenback sedikit meningkat susulan laporan mengenai wabak Covid-19 di China yang mencetuskan risiko dalam pasaran.

Penularan coronavirus di bandar Guangzhou semakin teruk, dengan daerah kedua dikenakan langkah penutupan pada hari Rabu.

Ini dapat dilihat pada penyusutan mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand yang berundur dari paras tertinggi satu bulan berbanding US dolar.

Turut menyokong US dolar sebagai safe-haven adalah ketidakpastian yang membelenggu dalam pasaran kripto yang telah menunjukkan kejatuhan mendadak seluruh mata wang kripto susulan isu FTX dan Binance.

Pelabur kini menantikan penyiaran data inflasi AS pada sesi New York akan datang yang dijangka akan menunjukkan penurunan kepada 7.9% tahun ke tahun pada bulan Oktober.

Selain itu, pasaran turut mengikuti perkembangan semasa dalam pilihan raya di Amerika yang mana setakat jam 9.40 pagi, menyaksikan Republikan mendahului di Dewan Rakyat dan Senat (menurut Wall Street Journal).

Dalam pada itu, mata wang pound juga kembali susut berikutan kebangkitan semula US dolar, melihatkannya didagangkan pada 1.13800 pada sesi Asia.

Euro pula bergelut untuk mempertahankan kedudukan pada paras harga pariti $1, di tengah-tengah keyakinan pelabur bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) akan meneruskan kenaikan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat