USD Sudah ‘Terjaga’, Petanda Bearish Buat EUR/USD?

240

Data inflasi Eropah yang diterbitkan semalam dengan angka yang meningkat dijangkakan untuk menyokong pengukuhan bagi mata wang Euro.

Ini adalah disebabkan kenaikan kadar inflasi akan mendorong bank pusat untuk mengetatkan dasar monetari, justeru menguatkan lagi jangkaan untuk kenaikan kadar faedah dilaksanakan oleh European Central Bank (ECB) setelah beberapa petunjuk disampaikan sebelum ini.

Namun, kenapa harga pada carta EUR/USD gagal untuk membuat kenaikan semalam? Malah harga sebaliknya paparkan corak penurunan.

Situasi tersebut didorong oleh pengukuhan semula US dolar dengan perubahan sentimen pasaran yang kembali berisiko dengan kebimbangan pelabur terarah kepada peningkatan inflasi global.

Selain itu, komen hawkish oleh salah seorang Gabenor Federal Reserve (Fed) turut menyuntik kekuatan US dolar yang menyatakan bank pusat perlu bersedia untuk peningkatan 50 mata asas kadar faedah bagi setiap mesyuarat polisi mulai sekarang.

Disebabkan itu, harga pada carta EUR/USD telah memaparkan penurunan harian sekitar 90 pips kembali menguji paras sokongan semasa pada 1.07000.

Setelah harga gagal melepasi zon rintangan pada 1.08000, penurunan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga telah mencetus isyarat untuk permulaan trend bearish.

Sekiranya harga menyusur lebih rendah hari ini di bawah zon 1.07000, pergerakan harga pada trend bearish yang lebih jelas dilihat akan menuju ke zon RBS (resistance become support) pada 1.06000.

Sebaliknya jika harga berjaya mengekalkan semula momentum untuk pergerakan bullish sebelum ini, harga bakal meloncat semula dari zon 1.07000 dengan menguji zon rintangan pada 1.08000.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu dan akan menjangkakan kenaikan harga bakal diteruskan lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat