USD Tak Cukup Kuat Untuk Naik Lebih Tinggi?

641

Permulaan sesi Eropah menyaksikan pergerakan matawang yang terbatas ketika pelabur menantikan simposium ekonomi tahunan Federal Reserve (Fed) di Jackson Hole pada Jumaat ini.

Setelah mencatatkan kenaikan pada sesi Asia, permintaan terhadap raja matawang US dolar kembali berkurang ketika memasuki sesi Eropah yang mencerminkan kewaspadaan pasaran dalam meletakkan posisi.

Indeks dolar kembali susut ke paras terendah satu minggu dengan didagangkan pada 92.88 berbanding sekumpulan matawang utama.

Dalam pada itu, Dewan Perwakilan AS hari ini telah meluluskan rang undang-undang perbelanjaan $3.5 trilion yang disokong oleh Demokrat.

Tumpuan kini beralih kepada Senat untuk diluluskan.

Matawang pound sedikit meningkat dengan didagangkan di sekitar paras harga 1.3740 susulan penyusutan dolar greenback, di tengah ketiadaan pemangkin utama dari data-data ekonomi dari UK.

Sementara itu, pelabur matawang euro nampaknya mengabaikan data terbaru yang dikeluarkan pada sesi Eropah, yang memperlihatkan indeks iklim perniagaan Jerman tinjauan Ifo merosot lebih rendah daripada dijangkakan.

Susulan penerbitan data tersebut, penganalisis Ifo mengatakan 70% perniagaan perindustrian mengadu mengenai gangguan rantaian bekalan, di mana ia menyebabkan indeks perdagangan juga jatuh dan peniaga kurang berpuas hati dengan perniagaan mereka sekarang.

Matawang komoditi pula didagangkan stabil dan mengekalkan keuntungan yang diraih pada Selasa. Optimisme yang lebih baik mengenai kenaikan kadar faedah oleh bank pusat New Zealand terus menyokong dagangan dolar kiwi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat