USD Tenang, Inflasi AS Kembali Untuk Porak Perandakan Pasaran!

409

Hanya beberapa jam sahaja lagi sebelum data inflasi pengguna Amerika Syarikat diterbitkan, raja mata wang US dolar terus memaparkan pergerakan mendatar pada sesi dagangan Eropah.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan sedikit susut pada sekitar harga 104.86.

Para pelabur kini bersiap sedia untuk menerima satu lagi ‘kejutan’ daripada data inflasi AS yang dijangka akan terus menunjukkan penurunan pada bulan November dengan bacaan 7.3% daripada 7.7% sebelumnya.

Bagaimanapun, pelabur juga berwaspada sekiranya data yang dikeluarkan menunjukkan kekuatan memandangkan terbitan indeks harga pengeluar (PPI) AS pada Jumaat lalu tanpa dijangka meningkat lebih kuat pada bulan lepas.

Meneliti pergerakan pasaran secara menyeluruh, dolar Aussie dan New Zealand masing-masing didagangkan positif berikutan sentimen pasaran yang lebih baik susulan berita pelonggaran Covid-19 di China.

Sementara mata wang pound pula sedikit berubah setelah data pekerjaan yang diterbitkan menunjukkan peningkatan dalam kadar pengangguran UK pada bulan Oktober.

Selain itu, euro memaparkan pergerakan yang terbatas seiring dengan dagangan US dolar yang sedang menantikan penerbitan data inflasi AS pada sesi New York akan datang.

Dolar Kanada pula sedikit meningkat di tengah-tengah kebangkitan semula dagangan minyak mentah dari paras terendah sejak Disember 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat