USD ‘Tersakiti’, EUR/USD Sasar Capai Pariti $1.0000

275

Mata wang Euro didagangkan lemah pada dagangan pembukaan awal minggu di sesi Eropah semalam dengan terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah yang tertumpu di Jerman, mencatatkan bacaan suram.

Pelabur akan memberi tumpuan pada keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) pada minggu ini yang akan memberi impak terhadap pergerakan Euro.

Sementara US dolar turut didagangkan lemah setelah tempias tindakan campur tangan sekali lagi Jepun dalam pasaran pada penutup dagangan minggu lalu yang memberi kesan penyusutan US dolar.

Turut menambah tekanan pada dagangan US dolar di awal minggu ini, data pertumbuhan ekonomi China yang diterbitkan di sesi Asia pagi semalam mencerminkan pengembangan pada suku terbaru bagi ekonomi kedua terbesar dunia itu. US dolar sebagai mata wang safe-haven alami susut nilai.

Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York pula dengan bacaan angka yang ‘merah’ menambahkan lagi derita US dolar.

Susulan itu, pelabur menilai kesan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam setelah lonjakan sekitar 150 pips telah dipamerkan pada penutup dagangan minggu lalu.

Di sesi Asia semalam, harga menunjukkan penurunan dari sekitar zon 0.99000 menuju ke paras tumpuan 0.98000.

Namun, paras sokongan Moving Average 50 (MA50) dilihat melantunkan semula harga pada pergerakan di rangka masa 1 jam pada carta EUR/USD.

Susulan penyusutan US dolar pada dagangan yang bersambung ke sesi New York, harga melonjak kembali untuk menguji zon rintangan 0.99000 yang turut menjadi tumpuan di awal sesi Asia pagi ini (Selasa).

Dengan corak yang dipaparkan, penganalisis menjangkakan kenaikan lebih tinggi akan diteruskan lagi dengan sasaran untuk menuju ke zon pariti 1.0000.

Namun waspada sekiranya US dolar kembali mengukuh dan perubahan arah harga berlaku, penurunan akan kembali disaksikan menuju paras tumpuan 0.98000.

Melepasi paras sokongan MA50 dan zon 0.98000 akan memberi isyarat perubahan trend bearish dan jangkaan harga bakal susut lebih rendah menuju sekitar 0.97000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat