USD Tersungkur Di Hujung Minggu! EUR/USD Panjat 100 Pips

423

Sudah tiba masanya pelabur mengaut keuntungan atau membuat aktiviti pengambilan untung (profit taking) setelah matawang USD terus bergaya pada dagangan November sehingga catat rekod tertinggi terbaharu.

Kesuraman USD kemungkinan turut didorong oleh penerbitan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam (Khamis) yang kurang memuaskan daripada jangkaan pasaran.

Semestinya matawang Euro terus mengambil kesempatan untuk memapar sedikit kebangkitan menjelang ucapan terbaharu daripada Presiden bank pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde di sesi Eropah kelak.

Sekali lagi harga pada carta pasangan matawang EUR/USD tampaknya telah memecahkan zon sokongan 1.13000 untuk mencipta paras terendah yang terbaharu 2021 sekitar 1.12650 pada awal sesi Asia Rabu.

Namun keupayaan untuk pergerakan harga terus susut nampaknya gagal apabila harga kembali mencatat lonjakan sehingga bersambung ke penghujung sesi dagangan Khamis dengan kenaikan melebihi 100 pips.

Trend kenaikan itu juga sepertinya sedang memberikan petunjuk awal kepada pelabur untuk membuat perubahan trend selepas harga sudah mula bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Jika begitu, pelabur mungkin akan menantikan kepada pergerakan harga untuk menguji zon SBR (support become resistance) 1.14000 sekiranya harga berjaya mengekalkan trend kenaikan yang ingin dilaksanakan.

Lonjakan yang lebih memberangsangkan bagi melihat isyarat kenaikan yang jelas akan diperhatikan kepada zon SBR berikutnya pada 1.15000 dan sama sekali akan menguatkan jangkaan untuk harga terus mendaki.

Namun andai kata pergerakan harga terus diheret untuk mencipta paras terendah pada penghujung minggu, harga dijangka bakal menuju semula ke zon sokongan 1.13000 sebelum mencecah paras terendah 1.12650.

Penurunan yang rendah melepasi kedua-dua zon tersebut bakal menyaksikan kebarangkalian besar untuk pasangan matawang ‘Fiber’ itu terus merekodkan paras terendah yang terbaharu lagi bagi tahun 2021 ini.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat