USD Terus Dibuang, Pelabur Resah Menanti NFP AS

714

US dolar terus berada di bawah tekanan selepas bacaan menyuramkan dalam data pekerjaan ADP Amerika Syarikat telah mencetuskan kebimbangan bahawa laporan NFP juga bakal mengecewakan.

Pekerjaan dalam sektor swasta di AS telah bertambah sebanyak 128,000 pada bulan Mei, kurang separuh daripada yang dijangkakan untuk meningkat 295,000 oleh pasaran. Angka yang dicatatkan ini juga menurun daripada bacaan yang disemak semula pada April iaitu sebanyak 202,000 pekerjaan.

Hal ini secara tidak langsung memberi gambaran buruk buat bacaan data NFP yang akan diterbitkan pada hari ini juga bakal menunjukkan bacaan menyuramkan.

Kemerosotan US dolar telah memberi peluang kepada pesaing utamanya yang lain untuk mencatatkan peningkatan, di samping turut disokong oleh sentimen pasaran yang kembali pulih.

Pasaran saham global meningkat berikutan jangkaan Arab Saudi mungkin meningkatkan pengeluaran minyak mentahnya untuk meredakan kenaikan harga minyak, sekali gus membantu mengimbangi kebimbangan terhadap lonjakan inflasi dan pengetatan dasar monetari.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand maju lebih tinggi berbanding dolar greenback dengan masing-masing diperdagangkan di paras tertinggi satu bulan pada sesi Asia.

Sementara mata wang euro juga didagangkan lebih tinggi di paras ketinggian hampir satu bulan, manakala pound pula stabil pada sekitar harga 1.2560 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat