USD Terus Ditekan Sentimen Berisiko, Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Fed Semakin Meningkat!

370

Sentimen pasaran terus menekan dagangan dolar USD untuk didagangkan lemah berbanding beberapa matawang utama dan pasaran saham AS pula mencatat kejatuhan terbesar sejak 2018.

Sejak dagangan sesi Asia semalam, pasangan matawang EUR/USD telah mencatat peningkatan 130 pips, dan diniagakan di paras ketinggian 3 minggu. Ini menjadikannya sebagai kenaikan harian terbesar sejak Mei 2018.

Federal Reserve AS (Fed) kini dilihat akan mengambil tindakan yang agresif dengan menurunkan kadar faedah untuk mengimbangi ekonomi kesan daripada penularan wabak coronavirus yang telah menyebabkan kejatuhan saham global pada minggu ini.

Jangkaan pasaran untuk pemotongan kadar faedah oleh Fed telah meningkat kepada 76% daripada 33% susulan daripada laporan yang menunjukkan kes-kes baru di Korea Selatan, Iran, Itali dan beberapa tempat lain merebak lebih cepat berbanding di China.

Setakat ini, jumlah kes jangkitan coronavirus telah mencecah 83,379 manakala angka korban yang disahkan pula meningkat kepada 2,858 orang di seluruh dunia.

Sementara itu, bacaan awal data pertumbuhan GDP Aemrika Syarikat meningkat 2.1% pada suku keempat 2019 selari dengan bacaan yang dicatatkan pada suku sebelumnya dan jangkaan pasaran.

Dolar Kanada jatuh ke paras terendah 6 bulan berbanding USD berikutan kejatuhan harga minyak yang berterusan didorong oleh kebimbangan pengurangan permintaan yang terkesan oleh coronavirus.

Dagangan pound masih dipengaruhi oleh sentimen Brexit untuk diniagakan mendatar berbanding USD pada sesi Asia.

UK telah menerbitkan satu dokumen mengenai strategi rundingan perdagangannya dengan Kesatuan Eropah (EU), yang menunjukkan UK bersedia untuk berundur daripada meja rundingan pada bulan Jun sekiranya perjanjian bersama Brussels tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam rundingan tersebut.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi terus menerima tekanan oleh sentimen negatif pasaran yang dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap impak coronavirus kepada ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat