USD Terus Muram Susulan Data Terbaru Ini!

356

Dolar greenback terus memaparkan aksi menyuramkan pada awal sesi dagangan Selasa sementara mata wang pound pula melanjutkan pengukuhan lebih tinggi.

Kelemahan US dolar berterusan susulan data PMI pembuatan Amerika Syarikat tinjauan ISM yang diterbitkan pada sesi New York dicatatkan menurun kepada 50.9 pada September daripada 52.8 bulan sebelumnya.

Ini merupakan pengembangan paling rendah dalam aktiviti perkilangan sejak penguncupan yang dicatatkan pada 2020.

Selain itu, kemerosotan dolar greenback turut menyusuli penyusutan lebih rendah dalam hasil perbendaharaan 10 tahun AS.

Sementara itu, pound terus menguat selepas Menteri Kewangan UK Kwasi Kwarteng membatalkan rancangan pemotongan cukai 45% ekoran kritikan yang diterima daripada pelbagai pihak.

Dalam pada itu, euro turut meningkat berikutan kemerosotan US dolar meskipun kenaikan yang dicatatkan terbatas susulan bacaan data PMI pembuatan Eropah yang disemak semula kurang memberangsangkan.

Secara berasingan, dolar Aussie menjadi tumpuan utama pelabur pada sesi Asia yang menantikan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) dengan jangkaan peningkatan 50 mata asas dalam kadar faedah.

Mata wang antipodean itu didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar seiring dengan dolar kiwi yang turut menantikan mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat