USD Terus Raih Pengukuhan Ekoran Sentimen Yang Tidak Menentu

470

Matawang utama terus mempamerkan penyusutan setelah terkesan oleh perkhabaran negatif mengenai usaha pengembangan vaksin Covid-19 oleh Johnson & Johnson (J&J) yang terpaksa dihentikan.

J&J mengesahkan pada Isnin bahawa ia terpaksa menghentikan sementara ujian klinikal bagi vaksin Covid-19 selepas salah seorang daripada peserta didapati mengalami penyakit yang tidak dapat dijelaskan.

Dolar greenback menguat ketika pembukaan sesi Eropah dengan diniagakan pada 93.20 berbanding sekumpulan matawang utama.

US dolar meraih pengukuhan setelah disokong oleh ketegangan terbaru antara Amerika Syarikat dan China yang kembali meningkat setelah Beijing mengecam tindakan Washington menjual senjata kepada Taiwan.

Dagangan dolar Aussie terus mencatatkan kerugian susulan laporan China untuk menghentikan import arang dari Australia di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat.

Berbeza dengan dolar Aussie, dolar kiwi pula terus didagangkan tinggi, disokong oleh kejayaan New Zealand dalam menangani krisis pandemik coronavirus buat kali kedua.

Sementara itu di Eropah, dagangan matawang pound terus mempertahankan kedudukannya di atas paras harga 1.3000 meskipun terus dihimpit oleh ketidakpastian rundingan perdagangan Brexit.

Data terbaru menunjukkan kadar pengangguran UK melonjak tinggi dalam tempoh tiga bulan hingga Ogos kepada 4.5% daripada 4.1% yang dicatatkan sebelumnya.

Matawang euro pula gagal mempertahankan kedudukannya dengan diniagakan jatuh di bawah paras harga 1.8000 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat