USD Terus Tersadai Lemah, EUR/USD Sedia Terbang Lebih Tinggi?

174

Matawang USD kekal diheret untuk didagangkan tidak menentu dan lemah setelah hasil perbendaharan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang kembali mempamerkan penyusutan mencapai paras 1.50%.

Namun susulan faktor tersebut, Euro terus mengaut peluang untuk menterjemahkan penguasaan yang lebih mengukuh berbanding USD menuju ke penghujung sesi dagangan pada minggu ini.

Pelabur turut akan menitikberatkan kepada data penjualan runcit AS yang bakal diterbitkan malam ini bagi menilai hala tuju sebenar matawang USD sama ada akan terus melemah atau kembali mengukuh.

Pergerakan harga pada carta EUR/USD dilihat tidak berjaya untuk terus menembusi zon SBR (support become resistance) 1.16000 pada sesi Eropah sebelum harga kembali susut apabila memasuki ke sesi New York semalam.

Menyambung ke sesi Asia hari ini (Jumaat), harga kekal mempamerkan pergerakan perlahan dan turut berlegar-legar di bawah zon SBR berkenaan bagi menanti perkhabaran data yang lebih rancak.

Harga juga masih lagi didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk terus memberi isyarat kepada pelabur bahawa harga masih meneruskan trend bullish.

Sekiranya pergerakan harga berjaya menembusi zon SBR 1.16000 tersebut, berkemungkinan besar pelabur bakal melihat reaksi harga berupaya untuk menuju ke zon SBR yang lebih tinggi pada 1.17000.

Manakala zon SBR 1.18000 akan menjadi tumpuan jikalau harga terus mengekalkan kenaikan yang lebih agresif dan secara tidak langsung ia turut bakal merekodkan paras tertinggi terbaharu 3 minggu.

Jika pergerakan harga kembali membuat penurunan, penganalisis menjangkakan harga akan mencecah semula paras terendah 2021 di sekitar 1.15300 atau bakal susut ke paras yang lebih rendah.

Penyusutan yang lebih ketara akan memperlihatkan harga menuju zon sokongan tumpuan pada 1.15000 untuk diuji dan seterusnya juga bakal mencipta paras terendah yang terbaharu bagi 2021.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat