USD Teruskan Kenaikan Menjelang Ucapan Powell!

527

US dolar kekal didagangkan lebih tinggi berbanding matawang utama lain dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pada hari ini.

Powell akan bercakap mengenai ekonomi AS dalam satu acara dalam talian yang dihoskan oleh Wall Street, dan ia mungkin dapat menentukan arah aliran pasaran bon dan matawang global.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan meningkat pada 91.16.

Dolar Aussie yang pada mulanya meraih sokongan daripada data lebihan dagangan Australia yang mencatatkan rekod tertinggi dengan catatan melebihi A$10 bilion, gagal mengekalkan momentum kenaikan pada awal sesi Eropah.

Sementara itu, matawang pound didagangkan sedikit susut berbanding USD, dengan penurunan harga yang agak terbatas kerana disokong oleh belanjawan UK yang dilancarkan oleh Menteri Rishi Sunak yang merangkumi lebih banyak sokongan kepada ekonomi dan insentif pelaburan untuk firma.

Rishi Sunak turut mengembalikan semula pembayaran cukai korporat yang lebih tinggi pada tahun 2023 untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Bagaimanapun, secara keseluruhannya pasaran menyambut baik perubahan tersebut.

Selain itu, dagangan euro turut goyah berikutan pengukuhan matawang US dolar dengan harga didagangkan di sekitar harga 1.20300.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat