USD Tiba-tiba Buat Gila!

915
  • USD dominasi pasaran sesi Eropah
  • Indeks dolar melonjak lebih 1%
  • Pelabur siap sedia pembuka dagangan sesi NY

US dolar tanpa dijangka mempamerkan pengukuhan pada sesi Eropah dengan melantun lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Lonjakan ini mungkin didorong oleh permintaan pasaran terhadap US dolar yang lebih selamat selepas kembali dari cuti hujung minggu Tahun Baru yang panjang.

Pergerakan pasaran pada sesi New York dijangka lebih rancak dengan pembukaan pasaran Wall Street pada hari pertama awal dagangan 2023.

Meneliti dagangan US dolar pada sesi Eropah, indeks dolar melonjak lebih 1% ke paras harga 104.70, bangkit lebih jauh dari paras terendah 6 bulan yang disentuhnya sebelum ini.

Sementara itu, pada masa yang sama mata wang yen juga meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama walaupun merosot berbanding US dolar yang lebih kuat.

Terdahulu pada sesi Asia, yen menokok ke paras tertinggi 7 bulan berbanding dolar berikutan spekulasi bahawa Bank of Japan (BOJ) akan keluar dari dasar yang longgar.

Turut memberi sokongan adalah kebimbangan terhadap prospek menyuramkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa ekonomi dunia berdepan situasi lebih sukar pada 2023.

Ekoran daripada kebangkitan greenback, dagangan mata wang utama lain terjun parah menyaksikan dolar New Zealand mendahului penurunan dengan menjunam 1.7% manakala dolar Australia susut sekitar 1.4%.

Beralih kepada mata wang Eropah, euro kehilangan sekitar 1.2% manakala pound sterling jatuh kira-kira 1.1% pada awal dagangan sesi Eropah yang menyuramkan.

Keseluruhannya, pelabur perlu berwaspada di tengah-tengah pergerakan pasaran yang tidak menentu berikutan volatiliti yang tinggi pada awal dagangan 2023.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat