USDCAD Analisa Fundamental Harian 1 April 2016

43

Dollar CAD yang susut lebih 145 pips sepanjang sesi pagi Eropah Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2857, kembali memacu naik pada petangnnya apabila pasaran New York dibuka, untuk menutup lebih tinggi sekitar C$1.3005; setelah kelemahan Dollar AS dikekang oleh ketidaktentuan harga minyak mentah yang memberati Dollar Kanada.

Di pasaran AS, pekerja swasta di seluruh negara meningkat sebanyak 200 ribu pada bulan ini, menurut pemproses penggajian Automatic Data Processing Inc dan firma ramalan Moody Analytics, yang hampir sama dalam jangkaan purata ekonomi yang ditinjau oleh The Wall Street Journal. Laporan itu adalah berdasarkan data yang dikumpul daripada pelanggan ADP sebagai tambahan kepada angka rasmi dari kerajaan AS yang lewat.

[adrotate group=”6″]

Kenaikan pada bulan Februari juga telah disemak semula sederhana rendah kepada 205 ribu daripada 214 ribu yang dilaporkan sebelumnya. Laporan ADP datang lebih awal daripada laporan Biro Statistik Buruh yang bakal melaporkan angka NFP hari ini yang dijangka turun dari 242 ribu kepada 206 ribu pekerjaan dengan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 4.9%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat