USDCAD Analisa Fundamental Harian 10 Feb 2016

41

Patrick Corrigan

Dollar CAD susut lebih 170 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3785 sebelum mendapat bidaan dan menutup lebih tinggi, sekitar C$1.3865; setelah para trader menolak Dollar AS dalam mood penghindaran risiko. Loonie mendapat manfaat daripada lonjakan kecil dalam harga minyak dan pendakian yang agak besar dalam emas sehari sebelumnya. Traders sedang membuat persediaan untuk keterangan dari Janet Yellen dan menjangkakan Feds akan bertolak kenaikan kadar sehingga lewat tahun ini.

Di pasaran Kanada, dua laporan baru-baru ini – salah satu menunjukkan peningkatan dalam pengangguran di Alberta, yang merupakan rumah kepada pengeluaran minyak Kanada, manakala laporan yang lain menonjolkan lonjakan dalam eksport kerana nilai CAD yang rendah. Kadar pengangguran Alberta kini berada pada 7.4%, melebihi purata kebangsaan buat kali pertama dalam tempoh hampir 30 tahun. Eksport Kanada pula melonjak sebanyak hampir 4% pada Disember  lalu, berbanding bulan sebelumnya.

[adrotate group=”6″]

Walaubagaimanapun, tidak semua eksport bertindak balas dengan cara yang sama terhadap perubahan dalam nilai matawang. Oleh itu, walaupun kereta dan produk pengguna yang lain telah disokong oleh nilai CAD yang rendah dan peningkatan permintaan di Amerika Syarikat, eksport tenaga Kanada telah dicabar oleh pengeluaran minyak yang lebih kukuh di AS. Moody Analytics menjangka harga minyak akan stabil pada lewat 2016, tetapi harga di bawah paras $80 akan terus menjejaskan ekonomi Alberta dan Saskatchewan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat