USDCAD Analisa Fundamental Harian 11 Jan 2016

56

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-006

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari kelima Jumaat lalu, lebih 115 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4175 sebelum menutup sekitar paras C$1.4170; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan berbanding Dollar Kanada yang merudum, terkesan dari kejatuhan harga minyak yang seolah-olah tiada berpenghujung. Dollar AS juga mendapat sokongan belian selepas laporan NFP AS dilapor memberansangkan dengan pertambahan sebanyak 292 ribu pekerjaan berbanding 203 ribu jangkaan.

Di pasaran Kanada, Jabatan Statistik melaporkan pertambahan sebanyak 22,800 pekerjaan pada bulan Disember berbanding 10,400 jangkaan.  Sebelum daripada itu, ekonomi Kanada telah kehilangan sebanyak 35,700 pekerjaan pada bulan November.  Kadar pengangguran pula dilaporkan stabil pada 7.1%.  Kanada yang baru sahaja melepasi pilihanraya umum pada Oktober 2015 lalu, kini menghadapi perubahan kerajaan dan dasar ekonomi, selepas Parti Liberal menewaskan Parti Konservatif yang telah memerintah selama 9 tahun.

[adrotate group=”6″]

Kerajaan Parti Liberal pimpinan Justin Trudeau yang memenangi undi majoriti, diberitakan bakal melancarkan belanjawan defisit bagi menjana semula ekonomi Kanada yang banyak bergantung kepada hasil minyak.  Menurut pakar ekonomi, keseimbangan dalam sektor selain minyak, gas dan balak yang merupakan nadi ekonomi Kanada selama ini, adalah merupakan tonggak perubahan yang perlu dilakukan oleh kerajaan baru ini, bagi memulihkan semula ekonominya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat