USDCAD Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2016

38

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar C$1.3880 ke setinggi C$1.4015, sebelum menutup sekitar paras C$1.3935; setelah Dollar berterusan lemah, tetapi Loonie menghadapi data ekonomi yang lemah dan harga minyak yang terus rendah. Trader dilihat menjual semua aset yang berkaitan dengan komoditi. Mata wang komoditi seperti Dollar Australia, New Zealand dan Kanada terus lemah berbanding matawang utama lain, di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko, ekoran kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global yang terus mempengaruhi sentimen pelabur.

Di pasaran global, kebimbangan mengenai keadaan bank-bank Eropah dan turun naik harga minyak mentah serta harga komoditi lain telah peningkatan sentimen penghindaran risiko. Trader juga melihat ke hadapan terhadap keterangan Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan White House. Yellen yang menyentuh tentang kemungkinan menggunakan kadar negatif untuk menjana ekonomi, menarik perhatian pelabur semalam.

[adrotate group=”6″]

Kadar interbank yang negatif akan memaksa bank-bank yang menyimpan semalaman di Bank Pusat, mencari jalan keluar untuk mengelakkan bayaran caj kadar ke atas simpanan mereka.  Antara yang menjadi pilihan mudah adalah meletakkan dana mereka ke dalam matawang yang membayar kadar tinggi seperti Aussie, Kiwi dan matawang negara membangun seperti Brazil, Russia dan India. Namun begitu, pengurus dana juga melihat kestabilan politik serta ‘purchasing-power-parity’ sebelum membuat sesuatu keputusan pelaburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat