USDCAD Analisa Fundamental Harian 14 Mac 2016

28

Dollar CAD terus merudum lebih 190 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3165 sebelum menutup sekitar paras C$1.3215; setelah pasaran ekuiti dan komoditi kembali pulih, lantaran sentimen pasaran yang mula positif selepas ECB mengumumkan ransangan tambahan untuk menjana pemulihan ekonomi Eropah.

Di pasaran hadapan, sektor pembalakan dan tenaga yang merupakan dua komponen ekonomi utama Kanada, masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 3.75% dan 0.67% dalam permintaan.  Kontrak balak untuk penghantaran Mei mencatatkan kenaikan $10/mbf untuk ke paras tertinggi harian sekitar $291.60/mbf, sebelum menutup sekitar paras yang sama.

[adrotate group=”6″]

Para pelabur kini menumpukan perhatian kepada belanjawan Kanada yang bakal dibentangkan pada 20 Mac ini.  Parti Liberal dijangka mengumumkan pakej ransangan bagi memulihkan ekonomi Kanada yang terjejas ekoran kejatuhan harga minyak.  Sejak memenangi pilihanraya umum lalu, Parti Liberal pimpinan Justin Trudeau ini telah berjanji untuk melancarkan belanjawan defisit, yang dilihat boleh melemahkan semula Loonie.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat