USDCAD Analisa Fundamental Harian 15 Jan 2016

31

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips, dari paras tertinggi harian sekitar C$1.4395 ke serendah C$1.4335, sebelum menutup sekitar C$1.4360; setelah pasaran dipenuhi aktiviti pengambilan untung belian sebelum hujung minggu.  Pada masa yang sama, harga minyak mentah yang kembali pulih memberikan sedikit nafas kepada kadar tukaran USD/CAD yang telah memacu naik lebih 580 pips sejak awal minggu lepas.

Dalam usaha untuk merangsang ekonomi negara, kerajaan baru Parti Liberal Kanada telah berjanji untuk melaksanakan belanjawan defisit untuk masa akan datang. Ramai penganalisis juga menjangkakan Bank of Canada untuk menyokong usaha ini dengan mengurangkan kadar pada akhir bulan ini. Kedua-dua langkah-langkah tersebut akan terus memberikan tekanan kepada Loonie, disamping harga komoditi yang sudah sedia rendah.

[adrotate group=”6″]

Penurunan nilai CAD kepada USD akan bermakna kesakitan yang lebih kepada pembeli, yang akan melihat kenaikan harga pada segala-galanya dari makanan ke pakaian. Pengilang, bagaimanapun, secara amnya mendapat manfaat daripada Dollar Kanada yang lemah. Malangnya sektor pembuatan dan eksport perkhidmatan mempunyai keupayaan yang jauh lebih rendah untuk menggerakkan prospek ekonomi Kanada. Banyak syarikat minyak dan sektor berkaitan minyak telah berkembang, namun sektor pembuatan masih kekal lemah dan tidak berkembang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat