USDCAD Analisa Fundamental Harian 15 Mac 2016

36

Dollar CAD melonjak lebih 95 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3310 sebelum menutup sekitar paras C$1.3260; setelah harga minyak mula melemah ekoran pengambilan untung belian.  Pada masa yang sama, Dollar yang kembali mendapat sokongan belian menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis ini, menaikkan kadar tukaran USD/CAD.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Kanada, seorang forex trader di Knightsbridge FX memberi komen bahawa walaupun pengangguran telah meningkat ke paras tertinggi dalam masa tiga tahun, ianya seolah tidak dipedulikan pasaran.  Secara fundamental ekonomi Kanada masih lemah, dengan sektor gas dan minyak terjejas teruk terkesan dari kejatuhan harga minyak.  Namun sentimen positif dengan kenaikan sementara harga minyak telah memberikan sokongan belian kepada Loonie.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat