USDCAD Analisa Fundamental Harian 16 Oct 2015

40

Patrick Corrigan

Dollar CAD terus merudum lebih 115 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.2830 sebelum menutup sekitar paras 1.2860; setelah dolar yang kuat mempengaruhi pembuatan dan perbelanjaan pelancong di Amerika Syarikat manakala ekonomi terus “pengembangan sederhana” dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut Federal Reserve AS dalam laporannya semalam.

Sebelas daripada 12 daerah Federal Reserve melaporkan pertumbuhan, menurut kajian keadaan ekonomi Beige Book AS dari pertengahan Ogos hingga awal Oktober. Satu daerah yang terjejas teruk oleh kejatuhan harga minyak, ialah rantau Kansas City yang melaporkan penurunan dalam aktiviti ekonomi.  Beige Book melaporkan beberapa daerah menamakan dolar yang kuat “sebagai penahan aktiviti pembuatan serta perbelanjaan pelancong.”

[adrotate group=”6″]

Walau bagaimanapun, perbelanjaan pengguna yang merupakan pemandu dua pertiga daripada pengeluaran AS, mencatat pertumbuhan yang sederhana, diterajui oleh kenaikan mengejut dalam jualan kereta. Aktiviti perkhidmatan bukan kewangan kebanyakannya semakin kukuh dan pasaran perumahan juga telah bertambah baik. Secara keseluruhan, laporan Beige Book itu melahirkan keyakinan terhadap ekonomi AS.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat