USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Nov 2015

23

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD susut untuk hari kedua Khamis semalam, lebih 65 pips untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3245 sebelum menutup sekitar paras 1.3285; setelah Dollar AS melemah selepas pengumuman minit untuk mesyuarat FOMC Federal Reserve AS Oktober lalu. Data FOMC menunjukkan apa yang dijangka pasaran iaitu dorongan untuk peningkatan kadar pada bulan Disember depan.  Sebelum daripada itu, minyak jatuh di bawah paras $40 setong untuk kali pertama sejak Ogos, sekaligus mengheret Dollar Kanada ke paras yang lebih rendah.

Di pasaran komoditi, data dari Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat menunjukkan stok minyak mentah dalam simpanan berada pada paras 80 tahun tertinggi. Di Kanada, harga minyak yang berterusan rendah telah membawa kepada pemberhentian pekerja dalam sektor minyak dan gas serta pelaburan modal perniagaan yang semakin berkurangan.  Persatuan Kanada Oilwell Drilling Contractors mengeluarkan ramalan semalam, yang menunjukkan penurunan 58% dalam penggerudian dan carigali minyak di Kanada pada tahun 2015.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Kanada bakal melaporkan data inflasi dan jualan runcit.  Inflasi dijangka kekal pada 1% walaupun inflasi teras tahunan dijangka turun dari 2.1% kepada 2.0%; manakala jualan runcit bulanan pula dijangka merosot dari 0.5% kepada 0.2% dan jualan runcit teras yang tidak termasuk kenderaan bertambah buruk dari 0.0% kepada -0.2%.  Tiada data berimpak tinggi dari AS melainkan ucapan beberapa orang pegawai Feds

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat