USDCAD Analisa Fundamental Harian 22 Apr 2015

48

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, dengan pergerakan turun naik lebih 85 pips, dengan paras terendah sekitar 1.2250 dan tertinggi sekitar 1.2305; sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan pada sekitar paras 1.2280; terkesan dari permintaan untuk Dollar yang kembali stabil, selepas penjualan besar-besaran minggu lepas.

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah yang membuka dengan ‘gap-up’ pada Isnin, menyebabkan saham dan “loonie” dibida dengan lebih tinggi. Minyak gred “Brent”, kontrak antarabangsa yang paling biasa, meningkat 10% sejak awal tahun ini pada $63.45 setong. Gred “western Canada select” pula, kontrak di pasaran Kanada, adalah pada $40.03 setong, selepas meningkat sepanjang minggu lepas.  Walau bagaimanapun, Selasa semalam minyak mentah telah jatuh sekitar $2.20 setong, sekaligus menutup gap yang dibuat Isnin lalu.

Di pasaran global, keputusan oleh pihak berkuasa kewangan China untuk menambah kecairan dalam pasaran modal negaranya, telah membantu sokongan belian untuk beberapa mata wang berasaskan komoditi, pada awal hari Isnin. Walau bagaimanapun, semalam hanya “loonie” sahaja yang masih mendapat permintaan stabil.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat