USDCAD Analisa Fundamental Harian 22 Mac 2016

44

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari kedua Isnin semalam, lebih 110 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3100 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah spekulasi kegagalan rundingan OPEC untuk menghadkan pengeluaran minyak bagi menstabilkan harga komoditi tersebut, berlegar-legar dalam pasaran.

Minyak yang merupakan antara eksport Kanada yang terbesar, adalah nadi utama ekonomi Kanada yang telah banyak melabur dalam industri minyak dan gas sejak sedekad lalu.  Walaupun Kanada bukanlah anggota OPEC, ia adalah pengeluar kelima terbesar dunia dengan kapasiti sekitar 4.4 juta tong sehari di belakang China yang mengeluarkan sekitar 4.6 juta tong sehari.

[adrotate group=”6″]

Laporan bajet tahunan Kanada yang bakal dilaporkan awal pagi esok, bakal menjadi tumpuan penganalisis dalam mendapatkan halatuju Dollar Kanada selanjutnya.  Ramai penganalisis berpandangan, bajet defisit yang dirancang oleh Perdana Menteri Kanada yang baru, Justin Trudeau akan melemahkan Dollar Kanada, ekoran pinjaman yang akan memberati dasar fiskal sedia ada. Walau bagaimanapun, ia juga bergantung kepada berapa besar jumlah pinjaman yang dirancangkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat