USDCAD Analisa Fundamental Harian 23 Nov 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD melonjak lebih 85 pips Jumaat lalu untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3355 sebelum menutup sekitar paras 1.3350; setelah mata wang Amerika itu pulih terkesan daripada komen beberapa orang ahli Fed termasuk Stanley Fischer yang kini menggesa untuk peningkatan kadar dalam masa terdekat.

Di pasaran Kanada, kadar inflasi Kanada kekal di bahagian bawah julat sasaran Bank of Canada pada bulan Oktober lalu, kerana harga petrol yang lebih rendah telah bertemu dengan kenaikan kos makanan dan tempat tinggal. Indeks harga pengguna (CPI) meningkat 1% pada Oktober berbanding tahun lalu, yang hampir sama dengan CPI pada September, menurut Statistik Kanada, dari Ottawa pada Jumaat lalu. Inflasi teras, yang tidak termasuk lapan produk yang tidak menentu, juga meningkat pada kadar yang sama seperti bulan September dengan kenaikan 2.1%.

[adrotate group=”6″]

Pakar ekonomi yang dikaji oleh Bloomberg meramalkan kadar inflasi tahunan akan meningkat 1% dan inflasi teras sebanyak 2%. Harga pengguna telah tertinggal dari sasaran Bank of Canada sebanyak 2% sepanjang tahun ini, satu kelemahan yang Gabenor Stephen Poloz berkata akan mengambil masa sehingga pertengahan 2017 untuk pulih semula. Bank Pusat Kanada menurunkan kadar utamanya kepada 0.5% pada Julai lalu untuk mengurangkan kesan negatif daripada kejutan kejatuhan harga minyak yang mengurangkan pelaburan perniagaan.

Pada masa yang sama, jualan runcit Kanada mencatatkan penurunan pertama dalam tempoh lima bulan pada bulan September lalu, diketuai oleh petrol yang lebih murah. Jualan menurun 0.5% kepada C$43.3 bilion ($32.5 bilion), menurut Statistik Kanada di Ottawa pada Jumaat lalu. Pakar ekonomi yang dikaji oleh Bloomberg News meramalkan peningkatan 0.1%, berdasarkan median 18 unjuran. Perbelanjaan pengguna masih hampir dengan paras tertinggi dalam setahun, walaupun mereka telah diancam oleh rekod beban hutang dan kejatuhan pendapatan ekoran penurunan harga minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat