USDCAD Analisa Fundamental Harian 25 Sep 2015

25

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD yang memacu naik lebih 105 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian 1.3415, merudum sepanjang sesi New York sebelum menutup sekitar paras 1.3305; setelah aktiviti pengambilan untung mengatasi jualan besar-besaran dalam pasaran minyak mentah.

Loonie diseret lebih rendah dalam penjualan besar-besaran minyak mentah, yang dicetuskan oleh angka dari Maklumat Tenaga Amerika Syarikat yang menunjukkan lebihan minyak Amerika yang berterusan, dan permintaan minyak dari China yang terus jatuh. Terdapat lebih banyak berita buruk bagi minyak seperti Indeks Caixin/Markit Pengurus Pembelian China. Ia jatuh kepada 47.0 pada bulan September – terendah sejak Mac 2009 dan angka di bawah 50 menunjukkan penguncupan.

[adrotate group=”6″]

Jika sektor pembuatan China menguncup, ianya adalah berita buruk bagi harga minyak kerana permintaan untuk tenaga dan komoditi global lain akan terus berkurang.  Shaun Osborne, pakar strategi pertukaran asing di Scotiabank, berkata tumpuan para pedagang keatas harga komoditi boleh membawa kejatuhan kepada “loonie”.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat