USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 Feb 2015

17

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-001

Dollar CAD melonjak lebih 140 pips dari paras terendah harian, sekitar 1.2387, Khamis semalam; selepas data “core CPI” dan “durable good orders” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Pada masa yang sama, pasaran dikejutkan dengan berita penolakan IMF terhadap pelan reformasi Greece.  Keadaan itu dilihat lebih menyokong pembelian matawang ‘safe-haven’ seperti Yen, Dollar, dan SwissFrancs.

Di pasaran Kanada, spekulasi berlegar-legar mengatakan Bank of Kanada bakal menurunkan lagi “interest rate” dalam mesyuarat minggu depan; ekoran kejatuhan harga minyak yang merupakan antara eksport terbesar Kanada.  Harga minyak yang merudum menyebabkan aktiviti ekonomi yang berkaitan minyak, melemah dan hilang daya tarikan bagi para pelabur untuk menyuntik dana pelaburan yang baru.

Harga minyak jatuh semula ke paras pivot bulanan – sekitar $48.35 setong, Khamis semalam.  Ketika artikel ini ditulis, harga berada dibawah pivot harian – sekitar $49.25  Hari ini dengan ketiadaan sebarang laporan ekonomi dari Kanada, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya jika GDP tahunan AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan 2.1% dan 2.6% pada sebelumnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat