USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 Jan 2015

43

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019

Dollar CAD menyusut lebih 60 pips Isnin semalam, pada sesi pagi dagangan London, untuk mencecah paras terendah harian sekitar 1.2405; sebelum mendapat sokongan belian semula pada sesi pembukaan New York.  Dollar terus mendapat permintaan, lantaran laporan “new home sales” dan “consumer confidence” yang dijangka dilaporkan lebih baik malam ini.

Di pasaran komoditi pula, harga minyak mentah yang sudah jatuh di bawah paras $45 setong, tambah memburukkan lagi keadaan “loonie”, yang banyak bergantung kepada harga komoditi tersebut.  Baru-baru ini, kemangkatan Raja Abdullah dari Arab Saudi, menimbulkan spekulasi bahawa OPEC bakal merubah polisi dan mengurangkan pengeluaran minyak harian.  Namun demikian, pasaran masih mengambil sikap tunggu dan lihat.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya dengan “new home sales” yang dijangka meningkat sebanyak 10 ribu berbanding bulan lepas, dan juga “consumer confidence” yang dijangka meningkat dari 92.6 kepada 95.00

Belajar analisa fundamental cara MoshedFX, dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex di sini – Klik Sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat